Privacy Policy (BM)

Dikemaskinikan pada 25 Ogos 2021.

Notis Polisi Privasi

Freight Management Holdings Berhad dan kumpulan syarikatnya (selanjutnya dirujuk sebagai “FM GROUP”) berusaha untuk melindungi kerahsiaan data peribadi pelanggan, pekerja, rakan niaga dan pembekal yang telah dibekalkan kepada FM GROUP. Dalam Polisi ini, istilah “kami”, “FM” dan “FM GROUP” adalah merujuk kepada Freight Management Holdings Berhad dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan kami yang berkenaan yang bersesuaian dengan konteks.

Notis Polisi Privasi ini dikeluarkan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selanjutnya dirujuk sebagai “Akta”) yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 dan adalah bertujuan untuk memberi  penerangan bagaimana FM GROUP mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda.

 

Perakuan

Apabila anda berkomunikasi dengan kami, memohon maklumat, mendapatkan perkhidmatan kami, berurus niaga dengan kami atau apabila anda mengakses dan menggunakan laman web kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada FM GROUP.

Dengan berbuat demikian, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami kandungan Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda oleh FM GROUP mengikut Notis Polisi Privasi ini.

Pembekalan data peribadi anda kepada kami adalah secara sukarela. Namun, jika anda tidak membekalkan data peribadi anda, FM GROUP mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda, memberikan perkhidmatan yang dikehendaki, berurus niaga dengan anda atau anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu laman web kami dimana log masuk adalah diwajibkan.

Data peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu, yang boleh dikenalpasti atau dikenali daripada maklumat tersebut atau daripada matlumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh FM GROUP, termasuk data peribadi sensitif dan ekspresi pendapat mengenai individu tersebut, yang telah atau mungkin telah dikumpul, disimpan, diguna dan diproseskan oleh FM GROUP dari masa ke semasa.

Jenis data peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat kediaman, alamat e-mel, umur, pekerjaan, imej CCTV, maklumat kewangan, butiran cukai pendapatan, maklumat akaun bank, butiran kad debit atau kad kredit, maklumat kad pengenalan dan/atau pasport anda, tempat lahir, sejarah kredit, sejarah transaksi anda dan “personally identifiable information” (PII) sepertimana ditentukan oleh undang-undang privasi dan piawaian antarabangsa.

Apabila anda mengakses dan menggunakan laman web kami, data peribadi tersebut mungkin termasuk maklumat yang dikumpulkan oleh peranti pelayan (“server”) kami secara automatik ketika anda mengakses laman web, seperti maklumat log masuk akaun anda, alamat IP anda, jenis penyemak imbas (“browser”) anda, sistem operasi, tempoh akses anda dan halaman-halaman yang telah dilayari anda secara langsung sebelum dan sesudah mengakses laman web tersebut. Ini juga merangkumi maklumat peranti anda, seperti ID peranti mudah alih, model dan pengilang serta maklumat lokasi peranti anda, jika anda mengakses laman web dari peranti mudah alih.

 

Kaedah pengumpulan

Data peribadi anda mungkin diperolehi kami melalui pelbagai cara, seperti:

(a) apabila anda menggunakan perkhidmatan kami atau berusus niaga dengan kami;

(b) apabila anda berinteraksi dengan mana-mana entiti FM GROUP melalui pelbagai kaedah seperti borang dokumentari, e-mel, surat, panggilan telefon dan perbualan dengan kakitangan kami. Dalam interaksi kami dengan anda menggunakan panggilan telefon, kami mungkin memantau atau merakam panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan;

(c) apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan maklumbalas pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk sebarang acara, pertandingan atau promosi kami;

(d) apabila kami memperolehi data dan maklumat tersebut dari pihak ketiga yang diberi kuasa (sebagai contoh, agensi rujukan kredit, agensi pematuhan dan penguatkuasaan dan wakil undang-undang);

(e) apabila anda melayari laman web kami dan log masuk diperlukan dan/atau dimana “cookies” digunakan atau apabila anda mendaftarkan akaun dengan laman web kami;

(f) apabila informasi dan dokumen dibekal atau dimuatnaik kedalam laman web kami, termasuk “online platform” kami.

 

“Cookies”

“Cookies” adalah fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan angka) yang disimpan didalam memori penyemak imbas (“browser”) atau peranti anda ketika anda mengunjungi laman web atau melihat mesej. Ianya membolehkan kami mengenali peranti atau penyemak imbas (“brower”) yang berkenaan. “Web beacon” adalah gambar grafik kecil yang mungkin digunakan didalam perkhidmatan dan laman web kami. Ianya membolehkan kami mengira jumlah pengguna yang telah melayari halaman yang berkenaan agar kami dapat memahami pilihan dan minat anda dengan lebih baik.

Anda boleh mengurus serta memadamkan “cookies” melalui penyemak imbas (“browser”) atau tetapan peranti anda. Walau bagaimanapun, pengunaan “cookies” tertentu adalah wajib untuk memastikan fungsi penting tidak terjejas. Oleh yang demikian, harap maklum bahawa pengubahan dan pemadaman “cookies” boleh menjejaskan fungsi yang tersedia ada di laman web atau dalam perkhidmatan kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai “cookies”, termasuk cara melaraskan penyemak imbas (“browser”) untuk menolak “cookies”, sila kunjungi https://www.allaboutcookies.org/.

 

Tujuan

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diminta oleh anda dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan FM GROUP yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:

(a) membuat penilaian dan pengesahan berkenaan dengan pertanyaan anda dan permintaan anda untuk perkhidmatan kami;

(b) memberi perkhidmatan kepada anda melalui laman web kami, termasuk “online platform” kami;

(c) mematuhi obligasi kami dibawah perjanjian kontract diantara kami dan anda;

(d) mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan kredit;

(e) membuat penilaian obligasi kontrak diantara FM GROUP dan anda;

(f) memberi tindakbalas untuk sebarang pertanyaan dan komen anda;

(g) menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, laporan, audit dan pengurusan risiko, obligasi undang-undang dan peraturan, mencegah penipuan dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan operasi FM GROUP; dan

(h) memenuhi sebarang syarat peraturan dan untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda perlukan.

Sekiranya data peribadi subjek data pihak ketiga dibekalkan kepada kami untuk mana-mana tujuan yang tersebut di atas, anda memberi jaminan bahawa subjek data tersebut telah membekalkan data peribadi mereka secara sukarela dan subjek data tersebut juga telah bersetuju untuk data peribadi mereka dibekal, diproses dan disimpan oleh kami mengikut Polisi Peribadi ini.

 

Pendedahan

Data peribadi anda yang kami simpan akan dikekalkan secara sulit.

Namun, untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkesan dan berterusan dan/atau untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada:

(a) syarikat-syarikat kami didalam FM GROUP;

(b) agen kami yang diberikuasa, penasihat profesional luaran, juruaudit, sub-kontraktor dan pihak pembekal perkhidmatan dan produk yang mempunyai perjanjian kontrak dengan kami untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu;

(c) pihak pembekal perkhidmatan kewangan termasuk syarikat insurans;

(d) pihak membekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT), kemasukan data (“data entry”) dan/atau kemudahan penyimpanan (“storage facilities”);

(e) pihak yang diberikuasa oleh anda;

(f) agensi-agensi penguatkuasaan, peraturan dan kerajaan sepertimana yang dibenarkan oleh atau dikehendaki undang-undang; dan

(g) pihak yang berwibawa dibawah perintah mahkamah atau untuk memenuhi kewajiban kepada pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkenaan dan berkaitan dengan FM GROUP.

Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke suatu tempat di luar Malaysia untuk tujuan melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan. Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda mengakui persetujuan anda untuk pemindahan data peribadi tersebut.

 

Perlindungan

Kami akan berusaha untuk melindungi data peribadi anda dan akan menggunakan langkah-langkah yang sesuai supaya data peribadi anda sulit dan selamat.

 

Tempoh Penyimpanan Data

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama mana ianya diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan dan kehendak dalaman.

Sekiranya data peribadi tidak lagi diperlukan untuk tujuan ianya diproseskan, kami akan memusnah atau menghapuskan data peribadi anda secara kekal. Jikalau ini tidak dapat dilaksanakan (misalnya, kerana maklumat peribadi anda telah disimpan dalam arkib sandaran), maka kami akan menghapuskan data tersebut dengan secepat mungkin apabila munasabah untuk kami berbuat demikian.

 

Pengemaskinian Data

Semua data peribadi yang anda bekalkan kepada kami mestilah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Sekiranya ada apa-apa perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang disimpan oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, silalah hubungi kami supaya kami dapat mengambil langkah untuk mengemaskinikan data peribadi anda dengan sewajarnya.

Anda juga boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses ke data peribadi anda, untuk pembetulan atau pengemaskinian data peribadi anda, untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dari FM GROUP mengenai pemprosesan data peribadi anda dengan menghubungi kami:

Alamat:
Lot 37, Lebuh Sultan Mohamed 1,
Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman,
42000 Port Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: 603 3176 1111
Fax: 603 3176 2188
Emel: [email protected]

 

Permintaan tersebut bagaimanapun, harus berlandaskan kepada kehendak Akta atau undang-undang lain yang berkaitan.

 

Perubahan keatas Notis Dasar Privasi ini

Kami mungkin mengkaji dan meminda Polisi ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Sila semak kandungan muka surat ini secara kerap untuk mengetahui pindaan-pindaan yang dibuat untuk mengemaskini Notis Polisi Privasi ini.

Versi Bahasa Inggeris Penyataan Privasi ini akan diutamakan daripada versi Bahasa Malaysia sekiranya terdapat konflik diantara keduanya.